IBADAH QURBAN DAN AQIQAH DI KEMBOJA

Daripada Aisyah r.a Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Tiada suatu amalan yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Qurban, yang lebih dicintai Allah selain daripada menyembelih haiwan qurban. Sesungguhnya haiwan qurban itu pada hari kiamat kelak akan datang berserta dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya, dan sesungguhnya sebelum darah qurban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima disisi Allah, maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala) qurban itu." (Riwayat al-Tarmuzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)
Zaid bin Arqam berkata: "Mereka telah bertanya, Wahai Rasullullah, apakah Udhhiyah (Qurban) itu? Nabi Muhammad s.a.w. menjawab: "Ia sunnah bagi bapa kamu Nabi Ibrahim." Mereka bertanya lagi: Apakah ia untuk kita? Rasulullah s.a.w. menjawab: "Dengan tiap-tiap helai bulu satu kebaikan." Mereka bertanya: "maka bulu yang halus pula? Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud "Dengan tiap-tiap helai bulu yang halus itu satu kebaikan." (Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)
Aqiqah pengertian dari segi bahasa ialah rambut dikepala kanak-kanak. Sementara pengertian aqiqah dari segi syara ialah binatang yang disembelih pada hari mencukur rambut bayi. Aqiqah sebagai ibadah yang telah disyariatkan oleh Allah s.w.t. sebagaimana penjelasan Rasulullah s.a.w. dengan sabdanya yang bermaksud: "Setiap anak yang lahir itu terpelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ketujuh (daripada hari kelahirannya), dicukur dan diberi nama." (Riwayat Abu Dawud, al-Turmuzi dan Ibnu Majah)




Kami di Al Farabi Shopper menyediakan perkhidmatan bagi yang ingin melaksanakan ibadah qurban dan aqiqah Kemboja.. Aktiviti ibadah qurban di Kemboja ini telah bermula pada Hari Raya Aidiladha yang lepas. Alhamdulillah sambutan yang diterima amatlah menggalakkan. Oleh itu kami akan meneruskannya pada tahun tahun yang akan datang.. insya allah.
Untuk penyertaan ibadah qurban bagi tahun hadapan, kami akan mengeluarkan borang penyertaan lebih awal berbanding sebelum ini. Ini adalah untuk membolehkan lebih ramai yang dapat menyertai Projek Ibadah Qurban Dan Aqiqah di Kemboja. Segala maklumat terbaru akan kami updated dari semasa ke semasa.

Sebarang pertanyaan :

Sekolah Islam Al Farabi
Lot 6595,Kampung Delek Kiri,
41250 Klang,Selangor.
03-33724560
017-3013153
Mohd Azan Bin Azmi
(Pegawai Pemasaran Al Farabi Shopper)